Makna Cinta Sebenar :') Makna Cinta Sebenar :')


Cinta adalah iman dan keimanan juga yang menentukan ketahanan dan kesetiaan pasangan yang sedang bercinta . Apabila manusia gagal mencintai Allah , maka cinta sejatinya tidak akan ditemuinya . Cinta yang tulus lahir daripada sikap, perbuatan dan tindak balas yang dipamerkan oleh seseorang , bukan daripada kata-kata bermadah walaupun terlalu indah . Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri.
 Kita sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekirannya kamu mengatakan sering gagal dalam percintaan . Kecacatan cinta bukan terletak atas sebab ''Cinta Itu Buta'' tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta .Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalami tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta pada seseorang.
Kadangkala orang yang menyayangi kita yang berada depan mata kita tidak pernah sedar . Jika seseorang itu telah membukti kan keikhlasan,kejujuran dan kesetiaan kita haruslah menghargai orang seperti ini . Tidak ramai di dunia ini yang sanggup menyayangi kita dan menjaga kita . Kamu sepatutnya berasa beruntung ada orang yang seperti itu telah menyayangi kamu . Kerana , Cinta itu memerlukan kasih sayang, keikhlasan, kejujuran dan pengorbanan . 
 love : Eiya :')

No comments:

Post a Comment