Erti Kesabaran :') Erti Kesabaran :')


Sabar adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu ibadah, malah segala ibadat itu didirikan di atas sabar, kerana dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menanggung kepayahan dan pengorbanan.
Untuk mewujudkan kesabaran, kita hendaklah sentiasa menyedari, bahawa kadar dan waktu berlakunya kesusahan atau musibat itu adalah di bawah takdir Allah Taala yang maha berkuasa. Ketetapan kadar itu tidak bertambah atau berkurang dan waktunya tidak terdahulu atau terkemudian.Kita hendaklah sentiasa mengingati bahawa kesabaran itu bakal dibalas dengan ganjaran kebajikan dan pahala yang disimpan khas oleh Allah Taala kerana demikianlah, kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarrab.Yakinlah, keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita sekali gus menolak mudarat daripada kita. Sebagai ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan.
Sesungguhnya dalam perjalanan kita menempuh perjuangan yang kian mencabar dan mangharung jalan yang penuh onak dan duri ini, kesabaran adalah sesuatu yang sangat penting untuk kita cekal dan tampil lebih berani menghadapi liku-liku sasi baki perjuangan kita ini. Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. (Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159)


copy from : http://mhafizzuddin.blogspot.com/2009/05/erti-kesabaran.html

No comments:

Post a Comment